Sunday, June 30, 2013

Cinta Yang Terluka



Mereka kata aku ini, mereka kata aku itu      
Mereka untai tali persahabatan

Mereka pinta aku ini, mereka pinta aku itu
Mereka hambur bunga yang indah



Kemudian,

Mereka sakiti aku, mereka guris aku tanpa belas
Bisu aku bukan membisu buta
Bisu aku bisu yang mengintai
Bisu yang menanti saat mereka mahu berhenti

Mereka ikat hidup aku dengan kata2 indah mereka
Kata-kata indah yang dicanang selamanya
Namun itu semua tipu daya
Tipu yang ternyata terang lagi bersuluh

Engkau canangkan aku 'buaya' disini
Engkau canangkan aku 'badboy' disana
Engkau hindarkan orang ramai daripada aku
Apakah itu kehendak kamu?



Dihadapan engkau baik bak seroja
Tapi dibelakang engkau membisik bak murai
Sana sini nama aku disebut
Sebagai orang yang paling jahat dimuka bumi

Nama aku dicoreng arang
Arang yang mereka lemparkan
Kerana apa? Hanya kerana dia
Dia yang telah aku pilih menemani hidup aku

Engkau terus, terus , dan terus melempang arang
Bak menyimbah buih sabun ke lautan
Yang akhirnya hampir seluruh pelusuk dunia ketemu
Dan engkau masih mampu tersenyum?



Sungguh, sungguh aku merana, terguris
kerana cinta sahabat aku hanya tinggal nama
Engkau bukan sahabat aku, engkau titik hitam
Titik hitam yang tidak kusangka menemui ku

Cinta aku terluka. Cinta yang suci menemui sahabat
Cinta aku terluka. Cinta yang aku ikhlaskan keranaNya
Cinta aku terluka. Cinta yang engkau kotori

Wahai sahabat, pergilah engkau. Jika engkau sudah berhenti
Aku depakan tangan aku, menemui mu. 
Bukan untuk menjalin kembali persahabatan, 
Tetapi untuk mendengar apa sebenar hajatmu

Cukup, cukup sudah.
Cukup hingga kini, cukup sampai disini
Aku sudah terguris, guris aku guris yang hadirkan luka
Luka yang hanya Dia yang boleh rawat.

Cukup, sampai di sini saja.


Thursday, June 27, 2013

We're the perfect two

Cincin ini akan aku jaga akan aku sayangi seumur hidup aku inshaAllah. Seribu satu kenangan. Cukup bermakna melihat senyumanmu sebaik menyarung cincin ini. Love you <3.

#Harga no 2, yang penting senyuman itu terukir. 







We're the perfect two InshaAllah


Kisah Silam Menjadi Tanda Tanya

1st of all, aku cukup xsangka kisah aku dengan kau akan menjadi sebegini luas bualan mulut orang. tak sangka ramai yang bersangka pada kau, sama ada bersangka buruk atau bersangka baik. Aku masih menanti, masih menanti akan cebisan kata kebenaran dari mulut kau.

Seriously, its getting tired heard people talking about me , what i did on you, everything. Tak lupa apa tuduhan dan kata2 buruk orang pada aku. Tak pa, aku xmarah sgt pada kau, sbb aku faham perempuan ni camne, selagi mana perkara tu bukan perkara buruk pasal dye , dye takkan kisah. Begitu jugak mungkin kau ada dengar cerita lain pulak pasal aku. Yang kau dengar dari org lain, tapi xtanya pada aku terus.

Itu salah, ape2 hal, tanya aku terus la. Tuduh la aku play boy ke, bad boy ke, jahat ke, apa2 la korang nk gelar aku, cakap pasal aku. kalau itu yang korang anggap pasal aku. Aku cuma frust sebab tiada sape dtg depan2 tanya aku, minta kebenaran. Kenapa tiada? sebab semua adalah manusia. So xpala. Cuma alangkah baik kalau korang tanya aku depan2. Kenapa perlu salah pada aku, sedangkan benda itu dah lepas, bahkan aku sendiri yang tersiksa, dan korang seksa aku lagi dengan pelbagai tuduhan.

Apa pun, aku harap sangat, pada kau, bukaklah mulut tu, kalau  betul nk cari benda betul, korang skali lah kiranya, tanya lah aku, jumpa aku depan2.. tak guna korang sembang pasal aku, tapi benda salah. Aku pun dh penat taw fikir pasal korang. padahal xde guna pun kat aku. Nak keep going blame pada aku, aku boleh kata apa kan. Aku pun dah biasa sakit, terutamanya hati. Cukup banyak dah aku lalui untuk hadapi korang punya percakapan. so xpala.

Juz untuk yang lain2, ada apa2 tnya je aku. CUkup2 lah perbualan korang pasal aku. Nak taw cerita sangt, aku boleh cerita , kalau kebenaran yang korang cari. Walaupun itu ksah silam, tapi aku xsegan utk bukak balik, kerana kebenaran itu kadang2 pahit, tapi sekurang2nya cukuplah tohmahan, fitnah yang orang dah letak pada aku, aku boleh bersihkan balik. sekian.