Sunday, June 30, 2013

Cinta Yang Terluka



Mereka kata aku ini, mereka kata aku itu      
Mereka untai tali persahabatan

Mereka pinta aku ini, mereka pinta aku itu
Mereka hambur bunga yang indah



Kemudian,

Mereka sakiti aku, mereka guris aku tanpa belas
Bisu aku bukan membisu buta
Bisu aku bisu yang mengintai
Bisu yang menanti saat mereka mahu berhenti

Mereka ikat hidup aku dengan kata2 indah mereka
Kata-kata indah yang dicanang selamanya
Namun itu semua tipu daya
Tipu yang ternyata terang lagi bersuluh

Engkau canangkan aku 'buaya' disini
Engkau canangkan aku 'badboy' disana
Engkau hindarkan orang ramai daripada aku
Apakah itu kehendak kamu?



Dihadapan engkau baik bak seroja
Tapi dibelakang engkau membisik bak murai
Sana sini nama aku disebut
Sebagai orang yang paling jahat dimuka bumi

Nama aku dicoreng arang
Arang yang mereka lemparkan
Kerana apa? Hanya kerana dia
Dia yang telah aku pilih menemani hidup aku

Engkau terus, terus , dan terus melempang arang
Bak menyimbah buih sabun ke lautan
Yang akhirnya hampir seluruh pelusuk dunia ketemu
Dan engkau masih mampu tersenyum?



Sungguh, sungguh aku merana, terguris
kerana cinta sahabat aku hanya tinggal nama
Engkau bukan sahabat aku, engkau titik hitam
Titik hitam yang tidak kusangka menemui ku

Cinta aku terluka. Cinta yang suci menemui sahabat
Cinta aku terluka. Cinta yang aku ikhlaskan keranaNya
Cinta aku terluka. Cinta yang engkau kotori

Wahai sahabat, pergilah engkau. Jika engkau sudah berhenti
Aku depakan tangan aku, menemui mu. 
Bukan untuk menjalin kembali persahabatan, 
Tetapi untuk mendengar apa sebenar hajatmu

Cukup, cukup sudah.
Cukup hingga kini, cukup sampai disini
Aku sudah terguris, guris aku guris yang hadirkan luka
Luka yang hanya Dia yang boleh rawat.

Cukup, sampai di sini saja.


Thursday, June 27, 2013

We're the perfect two

Cincin ini akan aku jaga akan aku sayangi seumur hidup aku inshaAllah. Seribu satu kenangan. Cukup bermakna melihat senyumanmu sebaik menyarung cincin ini. Love you <3.

#Harga no 2, yang penting senyuman itu terukir. 







We're the perfect two InshaAllah


Kisah Silam Menjadi Tanda Tanya

1st of all, aku cukup xsangka kisah aku dengan kau akan menjadi sebegini luas bualan mulut orang. tak sangka ramai yang bersangka pada kau, sama ada bersangka buruk atau bersangka baik. Aku masih menanti, masih menanti akan cebisan kata kebenaran dari mulut kau.

Seriously, its getting tired heard people talking about me , what i did on you, everything. Tak lupa apa tuduhan dan kata2 buruk orang pada aku. Tak pa, aku xmarah sgt pada kau, sbb aku faham perempuan ni camne, selagi mana perkara tu bukan perkara buruk pasal dye , dye takkan kisah. Begitu jugak mungkin kau ada dengar cerita lain pulak pasal aku. Yang kau dengar dari org lain, tapi xtanya pada aku terus.

Itu salah, ape2 hal, tanya aku terus la. Tuduh la aku play boy ke, bad boy ke, jahat ke, apa2 la korang nk gelar aku, cakap pasal aku. kalau itu yang korang anggap pasal aku. Aku cuma frust sebab tiada sape dtg depan2 tanya aku, minta kebenaran. Kenapa tiada? sebab semua adalah manusia. So xpala. Cuma alangkah baik kalau korang tanya aku depan2. Kenapa perlu salah pada aku, sedangkan benda itu dah lepas, bahkan aku sendiri yang tersiksa, dan korang seksa aku lagi dengan pelbagai tuduhan.

Apa pun, aku harap sangat, pada kau, bukaklah mulut tu, kalau  betul nk cari benda betul, korang skali lah kiranya, tanya lah aku, jumpa aku depan2.. tak guna korang sembang pasal aku, tapi benda salah. Aku pun dh penat taw fikir pasal korang. padahal xde guna pun kat aku. Nak keep going blame pada aku, aku boleh kata apa kan. Aku pun dah biasa sakit, terutamanya hati. Cukup banyak dah aku lalui untuk hadapi korang punya percakapan. so xpala.

Juz untuk yang lain2, ada apa2 tnya je aku. CUkup2 lah perbualan korang pasal aku. Nak taw cerita sangt, aku boleh cerita , kalau kebenaran yang korang cari. Walaupun itu ksah silam, tapi aku xsegan utk bukak balik, kerana kebenaran itu kadang2 pahit, tapi sekurang2nya cukuplah tohmahan, fitnah yang orang dah letak pada aku, aku boleh bersihkan balik. sekian.

Thursday, March 28, 2013

Cinta Itu Buta. Buta Itu Manis

Cinta Itu Buta. Betul kata orang, cinta itu buta. Sedar atau tidak, buta itu kekadang boleh jadi manis, boleh jadi pahit. Jika hati menginginkan keindahan dunia sebagai balasan, maka sesungguhnya buta itu pahit. Tetapi jika akhirat yang diminta, makan buta itu sebenarnya manis. Islamik la pulak. 

Apapun, betul cinta itu buta. Aku buta segalanya pabila mengenal cinta. Sungguh, manis dapat, pahit dapat, suka dapat, duka dapat. Banyak benda yang aku belum kenal mengenai dunia, manusia dan perempuan khususnya. Aku masih belajar. Aku masih menyusur arus kehidupan. Arus kehidupan yang mana banyak selok beloknya. Tapi apakan daya, aku manusia biasa. 

Jika kesempurnaan yang diminta, maka sesungguhnya aku tidak dapat memberi mu itu. Tetapi jika diri aku yang engkau mahukan, sesungguhnya aku hulurkan 10jari memberi diri aku pada mu. Begitu aku memberimu peluang itu mempelajari kehidupan, begitu juga aku. Aku tidak pernah merasai keindahan bercinta sebegini sepanjang aku mengenali bunga yang lain. Dengan mu aku merasai manis ini, dan aku ingin untuk terus merasai manis ini hingga akhir hayatku bersamamu.

Aku sedar mungkin banyak kali aku mengguris hati mu, banyak kali aku melukai hatimu. Tetapi sedar atau tidak, ini kali pertama hubungan aku , aku ambil serius sepenuhnya. Tidak pernah aku kenalkan pada sesiapapun pada umi, dan ini kali pertamanya aku memperkenalkan, dan orang itu adalah kamu. 

Jika kemanisan yang engkau harapkan dari aku, inshaAllah aku cuba sebaik mungkin untuk memberinya, tetapi aku memohon kemaafan awal2 jika manis yang aku janjikan itu tidak dapat aku beri sebaik mungkin. Hati aku melekat hanya pada mu seorang. Jika itu yang engkau perlukan, maka aku mensyukuri nya.

Aku sedar aku mungkin tidak seperti orang lain, sungguh aku mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana menerima aku seadanya. dan aku mohon teruskan terima aku seadanya. Aku akan cuba dan cuba utk terus jadi yang terbaik. Jika ada salah silap aku, inshaAllah aku cuba sebaik mungkin untuk mengubahnya. Hanya pada mu aku meluangkan masa setiap hari, begitu juga hidup aku, aku penuhi dgn hidup mu.

Apa sahaja yang berlaku, aku ambik aku anggap sebagai cabaran yang mematangkan kita, menjelang perkahwinan kita InshaAllah lagi setahun setengah. Aku ingin hidup aku sempurna sebelum engkau menjadi milik sah aku. Berikan aku setahun setengah yang berbaki ini untuk mempelajari segala susur galue kehidupan. 

Aku tiada siapa yang berada disamping aku seperti yang engkau lakukan ketika ini. Oleh itu ketahuilah, segala permasalahan antara kita, aku hanya simpan selagi mampu dalam hati ku, akan ku buang jauh2 jika perkara itu pahit, kerana apa, kerana aku sayang pada mu. Maaf jika perkara2 kecil mengharu biru kan hati mu. 

InshaAllah, selagi manu kamu mahukan aku, selagi itu akan ku tetap setia bersama mu. I

nshaAllah, May Allah bless you. i love you nurhafehasnita. 

Saturday, October 13, 2012

Sahabat

Lame aku xupdate blog, sorry guys.. mesti menyemakkan.. Just 2,3 bulan ni banyak benda berlaku kat aku. Aku pun xtaw kenapa.. Dari soal kawan, n mcm2 lagi. Paling besar soal kawan la. Aku pun xtaw how can seorang manusia boleh ambik mudah soal kawan.

Bila perlu dia cari, layan baik, bila xperlu terus buang masuk tong sampah. Ashamed on her. On her ok, on her.. maksudnya prangai ni budak pmpuan. Kawan yg mengjangkau setahun, dye buang mcm tu. hanya kerana perkara kecik.

Aku ni, kalau bab kawan sensitif skit, sbb aku syg kawan2 aku. Selagi mana aku mampu, aku tolong. xkisah menyusahkan kat aku skali pun. walaupun rmai kawan2 aku xbt mcm tu, tp itu lah aku. stinggi mana aku syg diri aku, stinggi tu jugak aku syg kwn2 aku. Sebab ni bila sntuh soal kwn2 ni, aku sgt2 sensitif. Bagi aku, orang yg xreti jga soal kawan, baik xyah ade kawan dri awl lagi. Mnyusahkkan orang lain.

Alhamdulillah benda ni aku dah setelkan, aku dah remove segalanya benda yg hubungkan antara aku ng dye. Kau duk mengutuk aku kat belakang kan, aku tanya kau baik2 apesal kau xnak ckp. so sekarang, kau pergilah dari aku. Aku dah remove semua dh. kalau camtu cara kau berkawan, aku rasa ak xleh brkawan dengan kau.

Cuma satu aku nk pesan, kita ni bila dah besar, dah dewasa, sepatutnya kena pandai la, ade mslh pape, kita selesai cara matang. jangan ikut cara budak2. dah besar dah kan. gunalah otak sikit..thats all. ni benda yang kecik, dah jadi besar. haiyyaa.. kesian betul kat kau. sbb prangai badan binasa..

k la, gua chow dlu. minggu depan ada exam..3 paper.. salam alaikum!

Sunday, July 15, 2012

Dia Ingatkan aku




Allah xpernah lupekan kita.. kita je lupe kat dye.. 
Aku buat apa2 smua sorg2, xde org backup, selama ni backup aku Allah je.
Tapi sjak kbelakangan ni aku lupe, maafkan aku Ya Allah.
Sungguh hati aku berat ketika ini, tapi Allamdulillah, 
Dia datang bawak sinar.

Sinar yang aku sendiri tak trfikir dek kerana sibuk ngn dunia aku.
Terima kasih ya Allah kerana temani aku.





THANK YOU ALLAH.. :' )

temani aku ketika aku memerlukan teman..



~This loneliness really hurt me.. ~

Friday, July 13, 2012

This little things that affected me




In another life
I would make you stay
So I don't have to say
You were the one that got away
The one that got away


All this money can't buy me a time machine 
Can't replace you with a million rings 
I shoulda told you what you meant to me 
Cause now I pay the price





I love my friends.. This time, i felt like there's purpose why Allah sent me here. To know the world that i never imagine.  The world that not just about love, love , love.. the world that teach me about friendship.. my old life, i already have a strong friendship , but they are all boys.. 

This time, i can feel , the happiness when u have a friends not just boys but also girl. for me, there is nothing wrong about it, as long as, u know how to appreciate it.. these friends which teach me a lot about women, make me stronger n tough to face this lovey world..