Thursday, March 28, 2013

Cinta Itu Buta. Buta Itu Manis

Cinta Itu Buta. Betul kata orang, cinta itu buta. Sedar atau tidak, buta itu kekadang boleh jadi manis, boleh jadi pahit. Jika hati menginginkan keindahan dunia sebagai balasan, maka sesungguhnya buta itu pahit. Tetapi jika akhirat yang diminta, makan buta itu sebenarnya manis. Islamik la pulak. 

Apapun, betul cinta itu buta. Aku buta segalanya pabila mengenal cinta. Sungguh, manis dapat, pahit dapat, suka dapat, duka dapat. Banyak benda yang aku belum kenal mengenai dunia, manusia dan perempuan khususnya. Aku masih belajar. Aku masih menyusur arus kehidupan. Arus kehidupan yang mana banyak selok beloknya. Tapi apakan daya, aku manusia biasa. 

Jika kesempurnaan yang diminta, maka sesungguhnya aku tidak dapat memberi mu itu. Tetapi jika diri aku yang engkau mahukan, sesungguhnya aku hulurkan 10jari memberi diri aku pada mu. Begitu aku memberimu peluang itu mempelajari kehidupan, begitu juga aku. Aku tidak pernah merasai keindahan bercinta sebegini sepanjang aku mengenali bunga yang lain. Dengan mu aku merasai manis ini, dan aku ingin untuk terus merasai manis ini hingga akhir hayatku bersamamu.

Aku sedar mungkin banyak kali aku mengguris hati mu, banyak kali aku melukai hatimu. Tetapi sedar atau tidak, ini kali pertama hubungan aku , aku ambil serius sepenuhnya. Tidak pernah aku kenalkan pada sesiapapun pada umi, dan ini kali pertamanya aku memperkenalkan, dan orang itu adalah kamu. 

Jika kemanisan yang engkau harapkan dari aku, inshaAllah aku cuba sebaik mungkin untuk memberinya, tetapi aku memohon kemaafan awal2 jika manis yang aku janjikan itu tidak dapat aku beri sebaik mungkin. Hati aku melekat hanya pada mu seorang. Jika itu yang engkau perlukan, maka aku mensyukuri nya.

Aku sedar aku mungkin tidak seperti orang lain, sungguh aku mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana menerima aku seadanya. dan aku mohon teruskan terima aku seadanya. Aku akan cuba dan cuba utk terus jadi yang terbaik. Jika ada salah silap aku, inshaAllah aku cuba sebaik mungkin untuk mengubahnya. Hanya pada mu aku meluangkan masa setiap hari, begitu juga hidup aku, aku penuhi dgn hidup mu.

Apa sahaja yang berlaku, aku ambik aku anggap sebagai cabaran yang mematangkan kita, menjelang perkahwinan kita InshaAllah lagi setahun setengah. Aku ingin hidup aku sempurna sebelum engkau menjadi milik sah aku. Berikan aku setahun setengah yang berbaki ini untuk mempelajari segala susur galue kehidupan. 

Aku tiada siapa yang berada disamping aku seperti yang engkau lakukan ketika ini. Oleh itu ketahuilah, segala permasalahan antara kita, aku hanya simpan selagi mampu dalam hati ku, akan ku buang jauh2 jika perkara itu pahit, kerana apa, kerana aku sayang pada mu. Maaf jika perkara2 kecil mengharu biru kan hati mu. 

InshaAllah, selagi manu kamu mahukan aku, selagi itu akan ku tetap setia bersama mu. I

nshaAllah, May Allah bless you. i love you nurhafehasnita. 

No comments:

Post a Comment